Cicit Kembar Tok Cheq



Semoga sihat dan baik-baik selalu...Zaza&Fifi

GELAGAT RAYA ANAK CUCU & CICIT TOK CHEQ





Gelagat Hari Raya Aidilfitri umah Tok Cheq 2010...

Tahniah Tok Chek...




Salam sejahtera semua...erm..lama tak masuk entri ni...banyak kekangan masa nak mengadap skrin ni...tengok kejap-kejap tak best...heheh..dikesempatan ni, ada entri baru...berita baru dalam keluarga ayahanda...ayah telah menimang cicit kembar...pada 2 Jun yang lepas..tahniah Tok Chek..dan Tahniah juga buat anak buahku yang selamat melahirkan baby kembar....erm..bila dah bergelar ibu tahulah betapa peritnya saat melahirkan anak..apatah lagi membesarkannya...walaupun anak buahku terpaksa melalui saat perit itu..ia berbaloi..hehehe..Tahniah ye Ina & Ijey..jaga anak bebaik..cicit Tok Chek ni namanya Nurliyana Zafira dan Nurliyana Zahira...erm...ni ada lagi..Tok Chek juga bakal nak dapat seorang lagi cicit dan seorang cucu..kakak iparku bakal bersalin pada 21/8 ni..eheheh...hari ni lah..tunggu...dan seorang cicit lagi bakal pada 1/9 ni..Tahniah Chek...makin ramailah ahli keluarga kami...heheh..Alhamdulillah...syukur padaMu Ilahi Rabbi...Kurniakanlah kami keturunan yang baik, sihat, bijak dan taat menunaikan perintahMU...Amin Ya Rabbal Alamin...erm..ada lagi laa....berita terbaru...setelah lama menanti..alhamdulillah Tok Chek berjaya berpeluang menunaikan Ibadah Haji dan Umrahnya pada tahun ini..wahai pembaca sekalian..sama-samalah kita semua berdoa pada ayahanda kami..Ayahanda Mohamad b. Sulaiman..semoga sentiasa sihat dan dapat memenuhi hasratnya dan cita-citanya menunaikan ibadah haji tahun ini...Insyallah...Ayah..kini berusia 75 tahun...Ayah...we all love you!!

Innalillahiwainna ilaihi roojiiun...

Takziah kepada chikmann & suami..chikmann keguguran kali keduanya...semoga ditabahkan hati dan redha dengan ketentuan Allah ta'ala...Ayah...doakan kami...Insyallah ada rezeki lagi nanti..meskipun terlalu sedih dirasa...kami percaya kepada Qudrat Ilahi...kami percaya hikmah Allah disebaliknya...Maa..terima kasih di atas sokongan dan perhatian...meskipun disaat begitu amat memerlukan maa disisi...doa maa termakbul jua...kami tenang dan pasrah...Insyallah...
-chikmann keguguran pada 18 April 2010...- Salam Takziah.

YANG GEMBIRA HARUS DIKONGSI BERSAMA


Salam sejahtera semua..terutama sekali buat ayahanda..harapan aku semoga ayah sihat dan ceria selalu...erm dah lama tak ada entri baru...ada berita gembira dalam keluarga ayahanda kali ini...Tahun ini ayahanda bakal jadi Tok Chek lagi..manakan tidak...ayahanda bakal menimang 2 cucu dan 2 cicit..Tahniah...tentunya ayahanda gembira..bertambah lagi keturunan aku..hehehehe!!!Yang bakal dapat dalam masa terdekat ini ialah cicit...Bulan Jun ini, yang kedua pun cicit gak..pada September...kemudian barulah cucu pada Oktober dan November( kelahiran zuriatku, insyallah)...tahun ini aja dapat 4...!!Rezeki keluarga besar..makin bertambah ceria dan riuh la umah Tok Chek kali ini...Harapanku...agar makin besar keluarga ini maka akan semakin kuat ukhwah kan terjalin...makin besar keluarga, makin besar Rahmah dan Mahabbah dari Ilahi...Insyallah..Ya Tuan..rezekikanlah kami zuriat yang ramai, kehidupan yang baik dan dikelilingi kasih sayang...amien...Buat Tok Chek..tunggu....! Luv You!!

Anak & Cucu Ayah..

1)Zainab & Wan Ibrahim
anak: Wan Zakiah berkahwin dgn Ahmad Bakri - anak: Mohd. Aiman Syakir & Nur Anis Syafiqah
2)Mohd. Kamaruzzaman & Fadiah
anak: Nor Diana & Aziman
Nor Anis Syafiqah
Nor Syamimi
Mohd. Sharifuddin
3)Mek Nah & Che Abd. Kadir
anak: Anuar Sayuti & Jue - Mohd. Ikhwan & Nurul Izzah
Jarodah
Haslina
Khairunnisa
Siti Nadzirah
Nur Alia Suraya
4)Kamaruddin & Fadhilah
anak: Nurul Fairuz
Mohd. Fakhruddin
Mohd.Fakhri Addin
Mohd. Faris Addin
Moha. Fathir Addin
5)Kamariah & Abd. Aziz
anak: Mohd. Yusof
Nurul Aine
Nur Asiah
Nur Azlira
Mohd. Rusdam
Mohd. Arif
6)Kamal Ziadi & Maizura
anak: Nor Syazwani
Nor Syamimi
Mohd.Zuhairi
Mohd.Nizam
Mohd.Baihakim
7)Kamarul Hazim & Khadijah
anak: Mohd. Amier Haziq
Nur Hannan
Nur Hasya
8)Siti Hajjar & Razali
anak: Mas Ayuni
Mohd. Ruzaimi Raes
Mohd. Rizalman Raes
Rini Syanini
Mohd. Rezduan Raes
9)Zolkifli & Zaleha
anak: Mohd. Amier Kashma
Mayangsari
Siti Nurbahiyah
10)Rohimah & Wan Abdullah
anak: W.Mohd. Izzuddin
W. Nur Fara Izzati
W. MOhd. Izham
W. Nurhanani
11)Maslinda & Mohd. Nazrul (chikmann)
12)Siti Mariam....

Anak-anak Ayah..



Gambar ini dirakam pada Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang lepas...harapan kami semua agar "Raya Korban" akan memberi makna yang sebenarnya dalam hubungan kekeluargaan ini..semoga ukhwah ini akan kekal selamanya...dan ayah ada berpesan...kekalkan begini..meskipun dia sudah tiada nanti...Insyallah ayah..doa2kanlah..

Hasil Perkongsian Hidup..

Hasil perkongsian hidup ayah bersama arwah ibunda kami..(kami tak tahu tahu bila mereka kahwin..hehehe, sebab masa tu zaman jepun berperang lagi..ayah dan arwah ibu hidup dalam zaman suka duka pemerintahan dan penjajahan...!! Okey, ayah dan ibu dikurniakan 13 orang anak, 8 perempuan dan 5 lelaki..namun 2 kekanda kami telah pergi meninggalkan kami dan kini tinggal 11 orang sahaja. Berikut adalah anak-anak ayah..
1- AY. Zainab
2- AY. Fauziah
3- Mohd. Kamaruzzaman
4- Mek Nah
4- Kamaruddin
5- Kamariah
6- Kamarul Ziadi
7- Kamarul Hazim
8- Siti Hajjar
9- Zolkifli
10-Maslinda(chikmann)
11-Siti Mariam

Alhamdulillah sudah 10 orang anak ayah yang berumahtangga, tinggal adik bongsu kami lagi yang belum..bila...?tunggu....!!!

Assalamualaikum Semua..

Alhamdulillah akhirnya saya dapat menghasilkan satu lagi blog..dan saya dedikasikan buat ayahanda yang dicintai..Mohamad b. Sulaiman..laman ini saya bangunkan untuk memaparkan kisah suka duka seluruh ahli keluarga ayahanda kami semua. Ayah mempunyai anak yang ramai dan salasilah keluarga yang besar..jadi, kami mahu berkongsi segalanya bersama kalian semua. Laman ini juga boleh dilayari oleh semua warga dan semua ahli keluarga kami boleh menghantar entri baru di laman ini..! Walaupun ayah mungkin tidak dapat menatap laman blog ini, kemungkinan juga ada anak-anak ayah yang membukanya dan memberi peluang untuk ayah membacanya...
So, apa-apa berita, cerita sensasi dan segala tentang keluarga ayah akan saya paparkan...!